SELAMAT DATANG KE BLOG SK.BINANON,KENINGAU

2011-10-14

LOGO DAN BENDERA SEKOLAH



  • Bentuk di tengah-tengah logo menunjukkan bentuk mata pena yang melambangkan wawasan sekolah yang sentiasa berusaha menuju kecemerlangan dari segi kurikulum dan Ko-kurikulum.
  • Bentuk buku pula menandakan buku sebagai wahana pemerolehan ilmu.
  • Bentuk topi dan pensel melambangkan kecemerlangan akademik.
  • Bentuk obor melambangkan semangat pelajar membara dalam arena kesukanan.
  • Bentuk lima bulatan kecil melambangkan semangat kesetiawanan selain melambangkan lima unsur penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan iaitu JERIS = J (jasmani), E (emosi), R (rohani), I (intelek), dan S (sosial).
  • Warna biru melambangkan ikatan perpaduan erat, persefahaman dan harmoni.
  • Warna hijau melambangkan kemakmuran, keazaman dan tekad untk memenuhi visi dan misi sekolah.
  • Warna oren melambangkan semangat pelajar yang ceria dan aktif.

SEJARAH


      Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Binanon bermula pada Febuari 1997 dengan penghantaran seorang guru iaitu Encik Michael bin Malim. Pada ketika itu, sekolah ini merupakan cawangan daripada Sekolah Kebangsaan Pohon Batu, Keningau.
       Bangunan sekolah dan rumah guru pada asalnya dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan diperbuat daripada kayu bulat, berdindingkan kulit kayu dan beratapkan buluh. Jumlah murid pada masa itu ialah seramai 30 orang, semuanya didaftarkan ke kelas tahun 1 tanpa mengira umur.
       Pada penghujung tahun 1997, sekolah ini telah memperoleh bangunannya sendiri dengan pembinaan sebuah rumah guru berkembar dan satu blok bangunan sekolah. Sekolah Kebangsaan Binanon dengan rasminya menjadi salah sebuah sekolah terbaru dalam daerah Keningau pada tahun 1998 dengan guru besarnya yang pertama iaitu Encik Matuya bin Kiadang yang mula bertugas pada tahun 2001