SELAMAT DATANG KE BLOG SK.BINANON,KENINGAU

2011-10-14

SEJARAH


      Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Binanon bermula pada Febuari 1997 dengan penghantaran seorang guru iaitu Encik Michael bin Malim. Pada ketika itu, sekolah ini merupakan cawangan daripada Sekolah Kebangsaan Pohon Batu, Keningau.
       Bangunan sekolah dan rumah guru pada asalnya dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan diperbuat daripada kayu bulat, berdindingkan kulit kayu dan beratapkan buluh. Jumlah murid pada masa itu ialah seramai 30 orang, semuanya didaftarkan ke kelas tahun 1 tanpa mengira umur.
       Pada penghujung tahun 1997, sekolah ini telah memperoleh bangunannya sendiri dengan pembinaan sebuah rumah guru berkembar dan satu blok bangunan sekolah. Sekolah Kebangsaan Binanon dengan rasminya menjadi salah sebuah sekolah terbaru dalam daerah Keningau pada tahun 1998 dengan guru besarnya yang pertama iaitu Encik Matuya bin Kiadang yang mula bertugas pada tahun 2001

1 comment:

  1. wah..dah ada blog..tahniah..saya antara guru terawal disini.. posting tahun 2000 awal sikit daripada gb cikgu Matuya.. beliau lah kawan pi merambat n memburu,,hahha..BAINON LUMAU..

    ReplyDelete